
Apa yang menarik ialah persembahan mantap artis-artis dari ketiga-tiga negara. The best of the best from 3 countries. Masing-masing nak menunjukkan kehebatan masing-masing. "Like watching a concert".
Ray pergi dgn Megat. Tempat duduk kami diapit oleh Fans from DiddyFC, DaVom and Faizal TahirFC. Disebelah belakang fans dari Singapura, AliffAngels ...Taufik Batisah Fans dan
Hardy Mirza Fan Club. Yang paling kuat menjerit, terpekik ialah DaVoM. Mungkin kerana mereka berada betul-betul duduk disebelah kiri Ray. DaVoM menjerit setiap artis Malaysia yg keluar dan bukan menjerit for Mila Sorang jerrr...
Rombongan fans dari Singapura...boleh tahan jugak bagi support.
Ray rasa APM 2008 adalah yang terbaik kerana beberapa sebab.
Sebab pertama...hanya 12 anugerah dan banyak persembahan. Ianya padat dan menghiburkan. MC ialah Sarah Sehan bekas pengacara MTV yang asalnya dari Indonesia. pemilihan Sarah adalah tepat kerana Sarah sangat bersahaja dan cool jer. Mungkin Ray dah muak dengan typical pengacara yang terjerit2 dan over acting yang dah selalu sangat kat Anugerah-anugerah di Malaysia. Terasa lain sikit kali ini. Ada class sikit.
Penyampai anugerah pulak bukan ramai-ramai macam selalunya. Tiga ke empat artis menyampaikan anugerah. Yang nak baginya satu anugerah...yang nak present punya lah ramai. Menyemak jerrr. Pastu berborak plastik among each other...Boringgggg!! Tapi APM hanya meletakkan seorang penyampai untuk 2-3 Anugerah. Penyampai semuanya yang vogue2...or Malaysian most beautiful...katanya. Ia mengingatkan Ray pada Academy Awards untuk anugerah-anugerah utama dimana one award presenter sahaja terlibat.
Yang menegakkan bulu roma apabila Dato' Siti menyanyikan lagu "Fantasia Bulan Madu" as a tribute to kumpulan Search....Lagu berhantu kan?
Malaysia sekali lagi mendominasi anugerah utama. Sama seperti tahun 2007 di Indonesia. Satu petanda baik untuk Industri Muzik di Malaysia. Keputusan pulak..ada antaranya yang mengejutkan...tapi bagi Ray tidak la kontroversi kerana yang menang tu sangat layak sebenarnya. Semuanya bagus2 dan agak susah nak buat penilaian kannn?
Berikut ini Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2008:
Anugerah Cipta Planet Muzik
KRU
Anugerah Khas Planet Muzik
Kumpulan Search
Artis Wanita Baru Terbaik
Farah Asyikin
Artis Lelaki Baru Terbaik
Faizal Tahir
Duo / Kumpulan Baru Terbaik
Meet Uncle Hussain
Lagu Paling Popular
Itu Kamu - Estranged
Duo / Kumpulan Paling Popular
Estranged
Artis Lelaki Paling Popular
Faizal Tahir
Artis Wanita Paling Popular
Datuk Siti Nurhaliza
Artis Lelaki Terbaik
Anuar Zain
Duo /Kumpulan Terbaik
Gigi
Lagu Terbaik
Nakal - GIGI
Artis Wanita Terbaik
Krisdayanti
Album Terbaik
Peace, Love & Respect - GIGI
Artis Singapura Paling Popular
Cradle
Lagu Singapura Paling Popular
Cradle
Artis Terbaik Singapura
Taufik Batisah
Album Terbaik Singapura
Ceritera Awan - Cradle
4 mulut cakap2 belakang:
bestnyaaaaa APM..
if APM this year kat Spore lagi..
memang Lina pergi.. sebab my abg sedara selalu dpt pass kan.. backstage thingy.. hehe..
kalau Dafi tercalon, mesti DFC datang kan?
hahaha :D
ptt la sunyi sepi.rupanye pg APM.
lol.just joking
alaa bnyk nye FC yg dtg.kalau dafi tercalon,mmg sah kitorg semua dtg.
MMG WAJIB kitorg duduk sebaris ngn u and megat!
heeh :D
tp apa nk bwat, dafi tak trcalon pon :(
haha fara.
well, maybe belum ada rezeki Dafi..
next year kot Dafi tercalon?
who knows kan. Dafi pon makin popular skrg.
ala fara...
xpe.. AIM kan dafi tercalon...
nnt ley g gak...
kekekke
Post a Comment