
Sungguh la diriku merasa sangat heran melihat species menatang [binatang] ini. Agak-agak korang apa? pastu bagitau ray, korang sampai ati ke tak nak makan menatang ni untuk LUNCH? huhuhu.
Akan Ray update segalanya SOON. soooo..TUNGGGU my next posting k!
On a different subject matter, Ray diberi surat mintak kerja dari sorangmamat ni. Katanya dah banyak kali dia mintak kerja tapi tak dapat2. Siap bagi contoh surat dia lagi. Boleh korang bagitahu apa masalah dia ni?

Mohd Adam Bin Abdul Gembur
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Gelap
68000 Shah Lampu
Selangor.
(Rumah pakcik saya)
Malaysia Airlines System
12 feb 2009
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta...saya dengan suka hati akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.
3.Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Azim Workshop, Manjung, Perak.
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala
Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu).
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)
5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan.
Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan
pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2. Jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
(Mohd Adam Bin Abdul Gembur)
PS : Sapa2 yg berminat membantu or ada kerja kosong sila tinggalkan no fon korang kat ruang komen so Adam can call korang...huhuhu






































