Jangan salah sangka ya...entry ray kali ni takde kena mengena dengan filem lakunan Kate Winslet
"The Reader" tu. Sebab tu ray rate "U" for UMUM.
There will be no naked images in this entry. Maaf ya...no bogel2 sambil baca blog ni ya. LOL
The Reader versi blog Ray ni lebih kepada amalan membaca bukan amalan berbogel. Pelakunnya ialah Emilia Winslet [gambar dibawah ni ha...] pelakun sopan dari Shah Lampu.
bukan gambar hiasanMasa kita budak2 dulu, kita akan lebih cenderung ke arah muzik dan juga mendengar cerita. Bila dengar je lagu apa-apa sekalipun...suka la sangat kan? Sampai terlonjak2. Begitu juga la dengan mendengar cerita. Terngaga dibuatnya mendengar cerita. Sebenarnya disinilah bermulanya minat membaca bagi kanak-kanak dan perlu dikembangkan dengan baik.
Sebelum Ray mengulas lanjut, meh sini dengar cerita.
Kisah seorang kanak-kanak bernama Amy Catherine Zeta dan Maimon Hj Saadon.
Amy tinggal di Kensington Street, London dan Maimon dari Kg Sungai Kandis, Klang. Dua kanak-kanak dari dua dunia yang berbeza.
bernafsu tak korang tgk buku2 ni?
London 1990-1998Dari dalam perut lagi, ibu Amy...Shania Zeta...[nama ibunya tak nak kalah] telah memperdengarkan amy dengan muzik dengan meletakkan head set di perut. Setelah dilahirkan, Amy akan dibacakan buku cerita sebelum tidur walaupun Amy masih tidak memahami sepatah haram apa yang mak dia sebutkan.
Simon tengah baca buku Hikayat mak lampu dan pelita ajaib..LOLMak Amy ialah
"The Reader" kepadanya. Setiap malam dalam hidupnya sehinggalah Amy berusia 9 tahun. Dengan bacaan buku cerita itulah yang membuatkan Amy mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Dari imaginasi itulah yang membuatkan Amy minat pada membaca. Selain membaca, ibunya turut serta belajar bersamanya.
Klang 1990- 1998Ketika Maimon dalam kandungan ibunya Saodah, ibunya gemar mengumpat. Bila dah lahir, kecik-kecik lagi Maimon mendengar maknya mengumpat dengan jiran sebelah dan orang sekeliling yang sesuatuh dengannya. Macam-macam topik umpatan yang keluar. Dari cerita keburukan rumah tangga orang, sape rampas laki saper, gelang dan rantai emas siapa yang banyak hinggalah ke gossip mossip.
Umpatan dah jadi pengganti buku cerita.
maimon mengumpatMak dia tak perlu baca buku cerita ya. Mak dia akan buat dan reka cerita. Bukan the reader tapi "
The Newscaster" . Umur 6 tahun barulah mak dia hantar dia ke tadika KEMAS. Disitulah baru Maimon belajar ABC.
Bila Maimon melangkah ke sekolah rendah, barulah Maknya quite particular dengan pelajaran anaknya. Selepas cemas sbb anak tak pandai2 baca.
"Memonnnnnn !!! main je keja tuhhh...pi baca buku !!!" jerit mak Maimon
Itu jelah sumbangan mak dia bagi memastikan anaknya pandai.
Bayangkan la mak Maimon duk lekap speaker radio ke perutnya masa mengandung. Atau membaca buku cerita "Cinderella yang baik hati" kepada Maimon setiap malam. Mak Maimon akan dianggap kurang waras. Ia bukan budaya kita. Sebab tu kita tak buat. Membaca untuk anak sebelum tidur adalah amalan pelik bagi sesetengah orang. Yang peliknya...mengumpat takpe pulak..huhuhu
Bila anak tak pandai membaca, tak minat membaca....tak minat belajar...salahkan guru. Guru kat sekolah tak ajar anak tu betul-betul. Tadika KEMAS asyik main je.......Katanya....
Nak pastikan anak belajar...hanya menjerit mengarah anak itu belajar tanpa melibatkan diri sama. Yang bekerja alasan yang sering dorang bagi...sibuk...sibuk...sibuk....
Tak ada masa.
Tidak cuba mencari masa akan ada akibatnya. Bila dah terkena, tuding jari salahkan orang lain kecuali diri sendiri.
"Alahhhh..aku dulu...mak aku tak ajar aku pun...ok jer...jadik jugak" suara sumbang berkata-kata.
Itu dulu. Sekarang orang dah semakin pandai. Persaingan semakin hebat. Kalau ikutkan cara lama tak sesuaiiii dah.
melihat org membaca di luar negara adalah perkara biasaRay nak kaji amalan membaca dalam kehidupan seharian average Malaysian yang bernama Maimon. Maimon bekerja sebagai seorang setiausaha.
Bangun pagi...gosok gigi..mandi wajib....solat subuh....breakfast nasi lemak..bla bla bla
Dalam bas on the way pg kerja...MEMBUTA
Masuk kerja, bukak PC...baca email. Mana-mana memo tu kena take note. Itupun terpaksa baca sebab kerja kan?
Sebelum memulakan kerja, yang boleh surf internet tu akan baca blog2 kroni . Bila tea break sebelah pagi mestilah baca suratkhabar. Tak senang duduk kalau tak tahu perkembangan terkini. Kalau tak baca surat khabar, duduk bergossip dgn rakan sekerja.
Bahagian mana dalam suratkhabar yang korang baca dulu bergantung kepada minat. Ada yg bukak suratkhabar terus ke sukan...ada yang mulakan dengan hiburan. Ada jugak yang baca tajuk je dulu. Lepas baca tajuk, kalau tajuk mcm menarik barulah baca isinya. Dalam kes Ramlah, ruangan hiburan yang dicarinya dulu. Nak tahu artis mana bercerai hari ini.
Gambar candid Dafi & Adam sedang membaca sambil menunggu giliran membuat persembahan On the way balik naik bus...MEMBUTA.
Ok. Balik rumah dah penat. Kena settlekan hal2 rumah tangga. Hujung minggu...sebulan sekali beli magazine hiburan . Kalaulah Maimon takde duit nak beli magazine...merayau-rayau kat BORDERS...baca for free. Kalau kedai newstand tertentu takleh baca free.
"NO FREE READING" katanya.
Apa la sangat yang kita baca dalam sehari. Bayangkan kalau takde suratkhabar, magazine dan blog...
Tanda2 yang anda malas membacaBaca baru satu muka surat dah menguap.
Tengok tulisan banyak2 terus pening kepala.
Fail SPM.
Baca buku yang ada gambar je.
Beli barang....instruction tak baca langsung. Gunakan ilmu memandai...namanya.
Beli makanan tak baca dulu label. Main masuk je dalam bakul trolley.
Tengok filem sbb tak payah baca buku. Sekarang pun dah banyak buku yang telah difilemkan.
Tak payah baca suratkhabar, tengok je berita kat TV.
nak luaskan pengetahuan AM...mengumpat ramai2. Ala2 study group.
Membaca sambil "membuang" jadi amalan budaya baratAda juga amalan membaca yang tak perlu kita ikut. Ini kes terlebey sudeyyyhh. Seperti membaca sambil "meneran" atau membacakan anak sebuah buku semasa anak buang ayaq . Ianya tak sesuaiii and tak senonoh ...! Nak meneran sambil membaca....?? There are lots of things you can do while doing something else at the same time. Tapi come on lahh..teran and read...tak match! LOL
Dan sudah tentu...contoh yang lain ialah membaca sambil berbogel mcm cerita THE READER tu. Ini dah kes KINKY. LOL
Jauh-jauhkan ya.
Terpulanglah kepada anda untuk mencontohi Maimon atau AMY.
Menutup entry Ray kali ni, Ray nak ucapkan
TAHNIAH kepada anda. Obviously anda kategori yang suka membaca kerana telah membaca entry yang Ray tuliskan ini tanpa rasa bosan.
Ray selitkan dibawah ni satu lawak mengong utk anda baca.

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum “ kata posmen ni
” Walaikumsalam “ jawab Maimon
” Ni rumah Puan Maimon Hj Saadon ye? tanya posmen ni
" No 69, Kondo Sri Sesedang, Jalan Tonggang, Bukit Gantung?" tambah posmen tu lagi
” Ya saya...ya betul alamat tu” balas Maimon
” Poning kepala saya mencari alamat rumah puan ni “ keluh posmen tu
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje" Maimon menjawab dengan CONDIFENT
Kang ada pulak yang makan surat kang.... kata posmen tu dalam hati..ala2 ally mc beal jugak..LOL
Itulah akibatnya kurang membaca. Otak puan Maimon dah masuk angin...LOL
PS: Telah menonton TALENTIME kat Uitm and akan tonton lagi petang ni . Ada media screening. Ray bagi 5 bintang for this movie!!