Hari raya membawa makna yang berbeza pada setiap orang. Tiada kayu ukuran atau penanda aras dimana letaknya kemeriahan raya yang diraikan. Raya tahun ni berapa STAR ko nak bagi JAH?? Nak dapat lima star kena semak checklist. Ada ke gitu?? hahah
Satu ketika dulu, raya itu mula dirasai apabila si JAH gigih membuat persediaan. Antara persediaan yang dilakukan ialah membeli kain untuk baju raya , membeli alat-alat kelengkapan dan bahan membuat kuih raya. Bila raya semakin dekat, rumah dipercantikan....dinding, pagar, pintu dicat agar nampak baru. Pendek kata dari segi suasana rumah mestilah berbeza dari kebiasaan. (ala-ala make over). Tak perlu semuanya beli baru, tukar dengan stock lama pun ok gak.
Segalanya persiapan hendaklah dilakukan secara bersama. Saling bantu membantu. Si kakak mengacau mentega dengan gula dan dibantu oleh si adek memukul telur. Berkecah dapur kerana hendak membuat biskut raya. Si ayah pula sibuk mengemas laman dan mengecat.
Ruang tamu dihias dengan kad raya yang digantung, lampu lip lap dipasang ala2 festival Citrawarna. JAH menghias sudut rumah dengan bunga kertas baru. Langsir di tukar....mangkuk kuih raya mula dikeluarkan. (mangkuk kebanggan Kak JAH yang dibeli di Singapore)
Suasana perayaan terasa lebih dekat apabila malam-malam diserikan dengan lampu pelita bermula pada malam tujuh likur (malam ke 27 berpuasa). Rumah ko JAH haruslah pelita keliling rumah. Kanak-kanak dibenarkan dan dapat lesen keluar malam. Budak2 riuh bermain diluar, ketawa riang bermain bunga api dan mercun. Malam yang berbeza, tidak seperti selalunya.
Rumah semerbak berbau kuih raya. Dapur ialah ruang paling sibuk seakan-akan hendak membuat kenduri. Tak cukup ruang? JAH jadi Eric Leong....mengConvert ruang kosong lain jadi kitchen secara sementara. "SUKA x JAH???"
Malam raya, selepas berbuka...dengan rasa tidak sabar menunggu pengumuman raya. Berdebar rasanya. Bila raya diumumkan keesokan harinya, semua ahli keluarga mula kelam kabut membuat persiapan terakhir. Takbir mula kedengaran. Bila duduk di depan tangga rumah, dapatlah melihat kemeriahan perayaan disekeliling rumah.
Mata seakan-akan dipaksa berjaga, menunggu rombongan takbir dari surau untuk bertandang bertakbir dirumah.
Semakin berusia, semakin kurang makna perayaan itu pada sesetengah orang. Rasa kurang itu datang dari perubahan cara sambutan dulu dan sekarang. Perubahan cara sambutan juga bergantung kepada faktor lokasi, teknologi dan cara hidup (gaya hidup).
Kuih dibeli dan tidak dibuat lagi. Rumah tiada perbezaan.....bezanya cuma lebih bersih. Tiada kad raya nak digantung. Langsir pun tak bertukar...Tak dapeklah nak ikut Kak JAH kan? Tiap2 tahun tukar langsir. Yolah..langsir apartment den kan mahal...hahaha. Lemang? Beli. Ketupat? segera kan ada...Pendek kata, tak payah susah2 ya...malam raya atau dua malam nak raya terjah je bazaar dan beli je.
Bila parents dah semakin berusia, it's actually our turn to continue tradisi tu. We are the one who have to do it since xnak menyusahkan kedua ibubapa kita. But then again, kemahiran xde...nak masak x reti, masa xde sebab sibuk kerja....so beli je lahhhhh..senang cerita. Bila semuanya makin ringkas dan mudah, kemeriahan raya pada skala dulu dan sekarang jauh berbeza. Bagi Ray, teramatlah rugi pada generasi sekarang yang tidak melalui kemeriahan raya seperti dulu. Kemeriahan raya kanak-kanak sekarang hanyalah dengan beraya dari rumah ke rumah, baju baru dan duit raya. Ia tidak sempurna tanpa suasana persiapan, kerjasama, seperti yang ceritakan tadi.
Bila sudah dewasa dan mula bekerja, raya is not about enjoying semata-mata. Raya dah masuk bab bajet. With certain bajet, kena fikir how to make it happen. Bajetkah yang menentukan kemeriahan hari raya? Jawabnya tidak. My family dulu xkaya. Bajet ciput je...but still able to make it happen. Perbelanjaan raya dulu menjadi lebih murah kerana kebanyakkan persediaan tersebut dilakukan sendiri. (sebab harga barang murah pun ya jugak)
Sebagai contoh, Kak JAH beli kain jahit baju sendiri, hiasan buat sendiri, masak sendiri...semua ada skill buat sendiri. Kalau kat kampung....Ayam, lembu....nak kurangkan kos....sembelih je....hehehe. Laman belakang rumah Kak JAH tu dah macam pasar tani dah. hahaha.
Walaupun perayaan semakin berubah, my best friend trying his very best to maintain the same values for his children. Things would be easier for him because he still have a kampung to go back to. His family kat kampung still bergotong royong untuk perayaan.
Another friend of mine yang xde kampung, juga trying his level best to kekalkan same values. Walaupun biskut raya dibeli, his wife make an effort to buat beberapa jenis just utk expose her daughter. She also cooked few main dishes like rendang etc. I juga heard him berpesan pada anaknya. Ada tiga pesanan. Satu, bila pergi rumah orang jangan mintak duit raya. Jangan cakap 'Acik saya xnak minum tapi nak duit raya'. Kedua, bila dah dapat duit raya jangan bukak dan terus tengok depan orang. Ketiga, jangan buat statement sikit ke banyak (pemurah or kedekut) kerana duit raya diberi atas kemampuan pemberi. Every year without fail dia pesan mcm tu kat anak dia. Katanya lagi...Raya bukan utuk orang kaya sahaja.
If your children buat menda2 tu, you better slap your own face. Obviously that you don't teach them abt the values of Hari Raya dan you should be ashamed of yourself.
If your children buat menda2 tu, you better slap your own face. Obviously that you don't teach them abt the values of Hari Raya dan you should be ashamed of yourself.
| Kelas ko JAH...sampul duit FB |
Tapi dalam nak mengejar kemeriahan perayaan tak perlulah trying too hard kan? Ada juga segelintir manusia yang terOVER do it. Membazir. Everything kena ada. Semua dibuat untuk menunjuk-nunjuk. "Rumah ko ada berapa jenis biskut raya..JAH??" "Berapa pasang baju raya ko JAH??" "Langsir ropol2 tahun ini ko tukar x JAH??". Haruslahhh JAH terTEKAN!!! cap duit kah Kak JAH ni? Hari2 nak serve RIBENA....haruslah gadai gelang tangan ular tu kan JAH??
![]() |
| Rumah JAH je ada RIBENA |
Menjelang hari perayaan ni, ray nak mengajak pembaca menilai erti perayaan yang sebenarnya. Kemeriahan perayaan itu terletak pada suasana, the people, the values dan tanda kesyukuran. Tanpa semua tu, Raya itu TIADA.
Pantun Raya Ikut Negeri
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang





11 mulut cakap2 belakang:
kelas jah.rumah ada ribena!
same goes to me ray.bila dah bekoje, raya masuk dalam bajet dan kena wise bila berbelanja.famili didahulukan, diri sendiri diutamakan.ala2 1 malaysia tak?hahahaha
sekrang semua kuih tunjuk, baju tunjuk, sampul duit raya ada gambo duit dalamnya.hahahaha
kelas ko JAH..hahaha
betul cakap faizal tu...semua tunjuk skrg kan?
lepas tunjuk...kita tuding plak ya...hahaha
betul la..
duduk dibandar, nak pasang panjut pun susah.. dan, mana nak beli minyak tanah ?
mercun pun dah susah nak dapat...
takbir rumah ke rumah pun sudah muram sebab hanya ada orang2 tua umur 60 keatas..
hari raya, budak2 lebih seronok menonton tv daripada beraya rumah ke rumah... malu katanya
Oh, indahnya suatu masa dahulu...
Wah saya suka pantun Abg Ray.
Betul. Sekarang raya semua pantas je, semua tunjuk2 aja.
suke la pantun tu nk kopipes bleh hehehe...
btw mmg betul budak2 kena train jgn sampai aib kt muka kite sendiri balik. jenis minta duit (tak menyegan) jenis buka sampul dpn tuan pemberi jenis komplen duit kecik.
kena didik betul2 kt anak2 erti raya dan duit raya tu. mmg suke la entri ni (^^,)
Pala...
ya sungguh indah satu masa dulu.
edzlin...
berapa banyak jenis biskut tunjuk kat rumah edzlin raya ni?
Jiejah Gorges...
amik la Jiejah sebarkan seluruh alammm hahaha.
ya, kena ingatkan
sebab x ingatkan tu yg jadi mcm tu
parents yg salah
thnks sbb sudi baca blog ni ya Jiejah....
Apa pun... Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mohon maaf atas salah dan silap, mana yg tersinggung rasa... Semoga berbahagia selalu..!
haha..aku sebagai orang Melaka suka gila pantun yang Melaka je..kahkah...
kelas kau ;D
I have agree on the pt where we now, the new generation should carry on the tradition instead of lepas tangan not doing anything. Thats a good point. Will keep that in mind
btw, selamat hari raya aidilfitri :)
Silbi...thnks
selamat hari raya to u too
Aiman...
haii..thnks for dropping by..
yup...it's a gentle reminder...for myself too!
Post a Comment