Dalam perjalanan Amy ke crew bunk (tempat rehat crew), mata crew-crew lain memandang ke arahnya. Walaupun tanpa kata-kata, pandangan tersebut membawa pelbagai makna.
Kesian! Padan muka kau. Oh! inilah mangsa flight kali ini. Are you ok? Antara pandangan yang sempat ditafsir oleh Amy dari riak muka rakan sekerjanya.
Setibanya Amy di crew bunk, keadaan yang gelap menyukarkan Amy mencari bunk yang kosong. Amy antara yang paling lewat sampai kerana terpaksa menunggu lama menukar pakaian di toilet bahagian belakang kapal. Terkial-kial Amy dibuatnya. Nak dibuka lampu, marah pula crew-crew yang sedang berehat.


